Bawa localhost anda ke mata dunia

[Note: This article is in Malay language, we will have English version soon]

Menjadi kebiasaan untuk web developer buat semua development dekat localhost. Termasuklah saya sendiri. Tak salah pun. Ikut kemahuan dan kemampuan masing – masing.

Salah satu isu yang selalu jugak kita hadap bila buat kat localhost ni… Susah nak tunjuk kat user lain. Contoh kita develop pakai desktop, nak tunjuk kat bos/client takkan nak usung desktop. Ye, boleh akses guna local network. Tapi kalau bos/client tak ada dekat opis, camna?

Barulah kita terpikir, kenapa tak buat development kat server je. So senang orang nak akses. Tapi… Isu lain pulak contohnya kalau kita tak ada full access ke server tu, nak ubah itu ini susah. Kalau ada full access pun, perlu ambik kira kena upload/download (or terkini sikit, commit, push & deploy) so akan melambatkan sikit proses development.

Jadi, kita guna lah localhost yang diorang boleh akses dari luar?

Eh? Boleh ke?

Mestilah boleh! Asalkan localhost tu ada akses internet lah.

Bagaimana?

Ok, ini kami terangkan secara ringkas.

Kami gunakan servis ngrok. Nama tak cantik pun kan. Silap type, boleh jadi ngok!

[Nota: Ada beberapa lagi servis yang seakan – akan sama, kami akan tulis dalam artikel yang akan datang, tunggu!]

Secara asasnya, kami gunakan Virtual Machine (VM) untuk developmen environment. Anda pun patut gunakan VM dalam kerja – kerja development. Memang mula – mula akan nampak macam susah nak setup, tapi ada beberapa cara yang mudah untuk start.

 

Pertama: Install Virtualbox

(boleh download dari sini: https://www.virtualbox.org)

Screen Shot 2016-06-27 at 10.30.33 AM

[Nota: Proses install kami tak cover, kalau nak servis install boleh contact kami, ada caj]

 

Kedua: Download iso dari Turnkey Linux

(kami pilih LAMP Stack: https://www.turnkeylinux.org/lampstack)

Screen Shot 2016-06-27 at 10.13.05 AM

 

Ketiga: Start install Turnkey Linux LAMP Stack

(ada step yang kami skip, tak penting pun)

Setup virtualbox, buat Machine baru, lepastu masukkan iso yang download tadi ke virtual drive Machine tu (mount iso to virtual drive).

Dan start Machine tu.

Screen Shot 2016-06-27 at 10.40.39 AM

Teruskan dengan proses install

Screen Shot 2016-06-27 at 10.41.19 AM

Masukkan password untuk root dan jugak MySQL (tak ada screenshot, lebih kurang dengan yang bawah ni)

Screen Shot 2016-06-27 at 10.44.02 AM.png

Mungkin ada beberapa step yang kami dah skip. Tapi selalunya anda boleh pilih next aje. Ni bila sampai kat bawah ni, maksudnya dah habis install. Boleh pilih untuk update kalau berminat. Proses update (untuk kami) ambil masa lebih kurang 10 minit.

Screen Shot 2016-06-27 at 10.44.50 AM

Lepas tu dia akan restart. Dan mungkin jugak time restart dia stuck. Jangan risau, reset je Machine tu dari Virtualbox. Lepas dia start balik, anda akan nampak screen macam ni.

Screen Shot 2016-06-27 at 10.46.36 AM.png

Jadi dah selesailah setup Turnkey Linux Lamp Stack kita. Dah boleh akses server VM guna IP yang dia tunjuk kat screen. Dan… Nampaknya tak boleh akses, hahaha.

Kita ubah sikit setting network dia, no worries. Tengok screenshot atas, nampak tak icon kat bahagian bawah kanan? Ok klik icon no 3 dari kiri, icon network tu. Klik dan pilih “Network Settings…”.

Ubah seperti screenshot di bawah.

Screen Shot 2016-06-27 at 10.58.10 AM.png

[Nota: Kalau laptop/desktop anda pakai wifi, pilih wifi, kalau pakai wired lan kabel, pilih network ethernet, ikut network mana satu yang connected ke internet]

Lepas tu kat screen utama dia yang tunjuk IP address tu, pilih Advanced Menu (hint: pakai keyboard arrow tu). Dan enter.

Screen Shot 2016-06-27 at 11.01.37 AM.png

Enter lagi sekali.

Screen Shot 2016-06-27 at 11.01.48 AM.png

Dan, Enter lagi sekali.

Screen Shot 2016-06-27 at 11.02.06 AM

Dan… Tadaa! Dah dapat IP baru daripada router anda. Kalini kita try lagi sekali browse ke ip tu guna browser kita.

Screen Shot 2016-06-27 at 11.04.29 AM.png

Dan loading dengan berjayanya!

 

Keempat: SSH ke server.

Kita kena akses ke dalam server tu untuk run ngrok. Kami pilih untuk akses guna ssh.

Launch terminal baru dan ssh ke server guna command:

ssh root@192.168.1.143

Screen Shot 2016-06-27 at 11.06.52 AM.png

Enter dan masukkan password, dan kita pun berjaya berhubung dengan server yang baru kita setup. Yeay!

Screen Shot 2016-06-27 at 11.07.13 AM.png

Amacam setakat ni? Masih ok? Ada muntah hijau dak?

 

Kelima: Setup Ngrok!

Download ngrok, yeay! Kat link ni https://ngrok.com/download

Screen Shot 2016-06-27 at 11.10.45 AM.png

Kita copy link download tu (Linux 64-Bit punya link) dan download kat server guna wget.

Screen Shot 2016-06-27 at 11.12.42 AM

Lepas tu unzip file yang baru download tadi.

Screen Shot 2016-06-27 at 11.14.45 AM.png

Dan terus kita run ngrok tu. Tengok apa jadi.

Command: ./ngok http 80

Screen Shot 2016-06-27 at 11.16.16 AM.png

Dah dapat url dah macam kat bawah.

Screen Shot 2016-06-27 at 11.17.05 AM.png

Bila browse dari browser guna address tu, apa jadi?

Screen Shot 2016-06-27 at 11.17.49 AM.png

Yeay! dah boleh browse local development server (VM kita tu la) daripada internet. Hebat tak ?

Tagged , , , , ,

Leave a comment